Kami menjual produk herba, jamu dan kesihatan untuk menyerikan dan mencantikkan lagi rupa paras anda. Sebarang pesanan bolehlah whatsapp ke 012-3134495. Perniagaan kami berdaftar dengan SSM bernombor 2374834H.

Gluta 60000 TK Natural




GLUTA 60000 TK NATURAL
Professional Glutathione From Switzerland

Harga 30 Biji/ Botol :-
1-4 Botol = RM 40.00/ botol
5-9 Botol = RM 36.00/ botol
10 Botol... = RM 32.00/ botol

Harga 10 Biji/ Papan :-
1-4 Papan = RM 27.00/ papan
5-9 Papan = RM 25.00/ papan
10 Papan... = RM 22.00/ papan
--------------------------------------------------

Super Active Whitening Aura bertindak mencerahkan kulit dan berupaya menentang faktor penuaan agar kulit sentiasa cerah, muda dan berseri.

Setiap Kapsul Mengandungi :-
L-Glutathione 60000mg
Vitamin C 1000mg
Collagen 500mg
Bioflavonoi 500mg
Pine Bark Extract 100mg
Grape Seed Extract 100mg
Goji Berry 500mg
Acerola Cherry 100mg
Green Coffee Berry 100mg
Berry Fruit Extract 100mg

L-GLUTATHIONE
Glutathione (Gluta) adalah protein kecil yang terdiri daripada tiga asid amino : cysteine, glutamic dan glycine. Ia berfungsi sebagai antioksidan, membuang toksin dalam badan, membaiki sel-sel, meningkatkan imunisasi, mencegah penuaan di samping dapat mencerahkan kulit. Pakar Kosmetik, Dr Aidil Azry Mokhtar berkata, gluta menjadi elemen penting untuk kesihatan keseluruhan dengan keupayaan gluta berupaya bertindak mencegah pembentukan melanin gelap sekaligus berfungsi sebagai agen pencerahan kepada kulit.

Antioksidan adalah komponen penting dalam memerangi gejala penuaan. Tanpa antioksidan, faktor-faktor seperti pendedahan kepada cahaya matahari dan pencemaran menyebabkan kulit melepaskan radikal bebas, yang (antara lain) memusnahkan kolagen, salah satu protein yang mengekalkan kulit tegang dan licin. Oleh itu, antioksidan adalah pencegahan terbaik terhadap tanda-tanda penuaan masa hadapan. Badan kita secara semulajadi menghasilkan antioksidan, walau bagaimanapun, tahap antioksidan boleh meningkat melalui pengambilan supplement seperti berikut :-

VITAMIN C
Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang bertindak sebagai gam yang menyusun sel-sel tubuh manusia. Ia penting bagi pembaikan semula dan pertumbuhan tisu, sel, gusi, pembuluh darah, tulang dan gigi. Dan oleh kerana itu juga, Vitamin C sangat berguna untuk menyembuhkan luka dengan cepat kerana ia membentuk pertumbuhan tisu badan yang kuat.

COLLAGEN
Collagen membantu untuk menjana semula tisu kulit dan menyumbang untuk melambatkan proses penuaan. Collagen dapat melicinkan garis-garis halus di wajah dan menegangkan kulit wajah. Collagen juga memelihara kelembapan kulit, membaiki struktur kulit serta menghasilkan warna sekata pada kulit.

ACEROLA CHERRY
Kajian menunjuukkan Acerola Cherry boleh menyekat sintesis melanin, yang memberikan kesan pencerahan pada kulit. Acerola Cherry boleh melindungi daripada kesan tekanan kimia seperti pencemaran, asap rokok dan alergen dan juga boleh meningkatkan pembaikan luka. Ia menghalang kedutan dan perubahan warna kulit dan menggalakkan pencerahan kulit.

BIOFLAVONOI
Bioflavonoi bertindak melindungi biomolekul dalam dermis seperti kolagen, elastin dan asid hyaluronik. Ia membantu untuk mensintesis kolagen dan gentian elastin yang memberikan keanjalan dan ketegangan kulit. Ia juga melindungi kulit kita dari kerosakan radikal bebas dan sinar UVB.

PINE BARK EXTRACT
Kajian mendapati, Pine Bark Extract dapat memperbaiki keletihan kulit, mengurangkan kedutan kulit sebanyak 3% dan meningkatkan keanjalan kulit sebanyak 6%. Di samping itu, ia meningkatkan pengeluaran asid hyaluronik kulit sebanyak 44%. Asid Hyaluronik adalah bahan yang memberi kelembapan berterusan (penghidratan) pada kulit dan meningkatkan kelicinan kulit.

GRAPE SEED EXTRACT
Grape Seed Extract mengandungi beberapa sebatian tumbuhan, termasuk proanthocyanidins oligomerik atau OPCs. OPCs adalah antioksida dan mengikut laporan dari Pusat Penyelidikan Makanan di Guelph, Kanada OPCs dalam Grape Seed Extract mengandungi 20 kali ganda kuasa antioksida vitamin E dan 50 kali ganda kuasa antioksida vitamin C. Laporan itu juga mengatakan Grape Seed Extract boleh melindungi kulit dan tubuh daripada kerosakan matahari. matahari boleh merosakkan kulit dengan menyebabkan kedutan, perubahan pigmen dan kanser kulit. Kajian dilakukan pakar dan penyelidik dari Jepun mendapati Grape Seed Extract boleh memulihkan kegelapan kulit akibat terdedah kepada sinar UV.

GOJI BERRY
Goji Berry sangat popular untuk ciri-ciri anti-penuaan dan dikenali sebagai makanan yang paling berkuasa untuk anti-penuaan. Antioksidan, asid lemak, vitamin dan mineral yang terkandung di dalamnya sangat bermanfaat untuk melambatkan proses penuaan dan membantu mengekalkan penglihatan yang baik.

GREEN COFFEE BERRY
Pengambilan Green Coffee Berry dapat membantu mencegah tanda-tanda penuaan dan juga boleh membantu mengelak daripada kanser kulit. Green Coffee Berry juga dapat merangsang sintesis kolagen, elastin dan glycosaminoglycans dalam sel-sel kulit manusia. Ini adalah protein yang membentuk struktur kulit. Dengan menguatkan protein ini, Green Coffee Berry boleh membantu mengekalkan awet muda.

BERRY MIX
Berry Fruits boleh melindungi tubuh daripada jangkitan. Kandungan antioksidan yang tinggi dalam Berry Fruits dapat membersihkan dalaman dan melambatkan proses penuaan. Di samping itu, berry juga bermanfaat untuk kulit kerana ia mengurangkan kedutan dan melegakan keradangan artritis.



0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...