KRIM JERAWAT DATANG BULAN HAJAH RAMLAH
KRIM JERAWAT DATANG BULAN HAJAH RAMLAH
1 pcs : 10 gram
HARGA 1 UNIT : RM48
-TIDAK TERMASUK POS-
Rimaskan bila jerawat-jerawat mula bertempek di dahi dan dagu terutama sekali bila nak datang bulan. Nak picit nanti muka berlubang-lubang dan ada kesan-kesan merah. Nak dibiarkan nanti tertinggal pulak parut hitam.
Kini anda tidak perlu gusar lagi. Dengan Krim Jerawat Datang Bulan Hajah Ramlah semua kegusaran anda akan dapat diatasi.
Produk KRIM JERAWAT DATANG BULAN dirumus untuk merawat dan menghilangkan JERAWAT DEGIL semasa datang bulan.
- Dah cuba bermacam produk tapi masih belum berkesan?
- Jerawat makin hari makin bertambah?
- Jerawat kerap tumbuh berulang di tempat yang sama setiap bulan?
- Mengakibatkan PARUT?
- Jerawat BERNANAH?
JOM CUBA KRIM JERAWAT DATANG BULAN HAJAH RAMLAH merupakan produk Bumiputera 100%
✔ DIJAMIN TANPA PENGELUPASAN
✔ DISAHKAN HALAL
✔ BOLEH DIBAWA SOLAT
✔ DILULUSKAN KKM
KEGUNAAN KRIM JERAWAT DATANG BULAN HAJAH RAMLAH
- Kulit menjadi lebih licin dan lembut.
- Wajah lebih segar dan awet muda.
- Jerawat dah tak tumbuh.
- Parut makin pudar.
- Tiada kemerah-merahan.
- Jerawat pasir hilang.
BAHAN UTAMA KRIM JERAWAT DATANG BULAN HAJAH RAMLAH
KAPUR
- berfungsi sebagai anti-bakteria yang membunuh kuman dan bakteria pada jerawat
PATI KULIT KAYU WILLOW
- baik untuk penyembuhan luka
- merawat parut
- merawat kesan kemerah-merahan pada kulit
CARA MENGGUNAKAN KRIM JERAWAT DATANG BULAN HAJAH RAMLAH
✔ Pastikan di mana jerawat tu mula tumbuh atau kesan-kesan jerawat.
✔ Sapukan Krim Jerawat Datang Bulan pada jerawat yang tumbuh sahaja, bukan pada keseluruhan wajah.
✔ Biarkan Krim Jerawat Datang Bulan ini kering sebelum cuci muka.
✔ Seeloknya, pakai Krim Jerawat Datang Bulan ni selepas waktu Isyak dan cuci muka selepas bangun dari tidur keesokan hari.
✔ Biasanya jerawat datang bulan akan keluar sekitar 8 hari sebelum datang bulan, masa itulah masa terbaik untuk pakai Krim Jerawat Datang Bulan ni.
FAQ KRIM JERAWAT DATANG BULAN
Apakah fungsi utama Krim Jerawat Datang Bulan Hajah Ramlah?
Dirumus khas untuk menghilangkan jerawat ketika datang bulan. Bukan itu saja, ia juga menghilangkan kesan gelap pada bekas jerawat. Terutama jerawat di sekitar dagu dan dahi.
Bagaimanakah cara menggunakan Krim Jerawat Datang Bulan Hajah Ramlah?
Letakkan krim ini hanya pada jerawat saja, bukan disapu pada seluruh wajah. Letak selepas Isyak dan biarkan hingga Subuh. Amalkan hanya bila ada jerawat, terutama 8 hari sebelum datang bulan.
Bagaimana rasa pada kulit bila letak Krim Jerawat Datang Bulan Hajah Ramlah?
Masa mula letak akan rasa sedikit menyengat. Tapi tidak lama, selepas itu ia akan kembali seperti biasa. Krim ini apabila dibiarkan pada kulit, akan mengeras seperti bedak sejuk.
Apakah bahan utama dalam Krim Jerawat Datang Bulan Hajah Ramlah?
Bahan utama dalam krim ini adalah Kapur dan Pati Kulit Kayu Willow Putih. Bahan selebihnya hanyalah pelengkap saja.
Bagaimana sebenarnya Krim Jerawat Datang Bulan Hajah Ramlah ini bertindak pada jerawat?
Dalam bahasa mudah, krim ini akan cepatkan jerawat 'masak'. Jadi insyaAllah ia tidak akan membengkak lama. Bila dah ada 'mata' (nampak dah nanah pada jerawat), jerawat dah tak membengkak, anda ada dua pilihan.
Teruskan pakai krim sehingga ia pecah dan kering serta sembuh sendiri. Atau boleh picit tapi WAJIB dengan cara yang betul. Berikut adalah cara picit yang betul:
1. Jangan picit masa jerawat masih tidak betul-betul 'masak', ia akan membengkakkan jerawat. Bila dah reda kemerahannya, dan kelihatan 'mata', baru boleh dipicit.
2. Basuh tangan dengan sabun anti bakteria. Basuh jari dan kuku sehingga bersih.
3. Jika anda ada guna pin jarum untuk pecahkan 'mata' tu, pastikan anda dah cuci jarum dengan sabun anti-bakteria. (Jika ada sapuan alkohol, boleh sapu pada pin jarum tu).
4. Cucuk jarum tadi pada 'mata' jerawat secara perlahan. Picitkan sekeliling jerawat dengan jari beralaskan tisu bersih. (Jangan direct guna kuku / jari).
5. Jika rasa nanah seperti sukar keluar, jangan paksa tekan lagi. Berhenti. Itu tanda jerawat itu masih belum betul-betul masak.
6. Lap bersih nanah yang keluar, jangan biarkan ia meleleh pada kawasan tidak berjerawat.
7. Letakkan Krim Jerawat Datang Bulan pada jerawat tadi. Biarkan ia kering. Anda akan perasan krim tadi seakan menarik keluar sisa darah dan nanah dari jerawat. Apabila ia kering, basuh bersih jika ada kelihatan sisa darah dan nanah di situ.
8. Untuk kesan lebih baik, picit pada hari malam supaya anda boleh letakkan kembali krim ini dan biarkan hingga ke Subuh.
PERHATIAN: Jangan amalkan picit tanpa langkah-langkah di atas. Ia boleh menyebabkan lebih banyak bakteria masuk ke dalam jerawat dan inilah punca jerawat lambat baik dan parut berlubang.
Berapa lama baru nampak kesan?
Ia bergantung kepada individu. Tapi insyaAllah akan mempercepatkan proses penyembuhan jerawat tu. Jika sebelum ini biasa jerawat ambil masa 7 hari untuk hilang, insyaAllah lepas pakai krim ni, ia lebih cepat ke 3 atau 4 hari. Jika biasa jerawat kecil hilang dalam 4 hari. InsyaAllah lepas pakai krim, ia akan hilang dalam 2 hari.
Ibu mengandung / menyusu boleh pakai tak?
Boleh, tiada kesan negatif. InsyaAllah. Krim ini tiada bahan merbahaya seperti Mercury ataupun Hydroquinone. Jadi tak perlu risau.
TESTIMONI PENGGUNA KRIM JERAWAT DATANG BULAN HAJAH RAMLAH